Sunday, August 17, 2008

Morse Code pd 3310?

Cuti pertengahan semester dh bermula. Tp aku tak balik sebab mmg aku nak buang masa di Melaka yang boring nih. Jadi, aku ada banyak masa untuk membebel. Nak mula dh ni.. Sediaaa!!!

Aku tak tahu macamana nak mula sebab nk mula memang susah. Kat mana nak mula? Nk tulis ape? Ishh.. Susah betul. Aku kalau bab menambah-nambah kata2 orang boleh la.. Kritik @ komen pandai laa.. Ni betul2 masalah nk mula..

Ok la.. Aku pasti ramai antara kita ramai yang pernah pakai handfon Nokia 3310@15. Ah, jgn buat2 xtau laa.. Handset yang agak besar dan disukai ramai sebab masa dulu mmg canggih gile arr ade menatang tuu.. Siap ade yang berbangga2 dengan menggantungkannya kat tengkuk. Hik hik hik.. Stylo r konon. Ok ok, ke cerita sebenar. Aku akan meyakinkan anda semua bahawa anda pernah dengar Morse Code (tapi mungkin tak paham). Ada kaitan dgn handset ni...

Cerita Morse Code : tut tut utuuutt tuutututtuu ttttttutt. Lebih kurang gitu la bunyinye. Kalo kita tengok orang tua duk tekan2 suis berulang2, pastu ade keluar bunyi tut tuuut tutut tuutt etc dengan muka serius (+dahi berkerut); jangan lah mudah2 kita anggap dia orang gile. Mungkin dia tgh menggunakan Morse Code transmitter.
Menatang ni banyak gunanya. Tapi jarang orang guna sebab org cakap ketinggalan zaman. Tapi kalo time Tsunami contohnya, benda ni lah yang membolehkan org yg terselamat berkomunikasi dgn dunia luar + guna utk operasi menyelamat. Berkomunikasi tu sekadar boleh text je la, mintak bantuan. Nk bukak internet baca blog tak boleh. Amateur radio la banyak guna benda nih. Kalo nk tau sejarahnye mende ni, cari ah dlm internet. X kuasa aku nk cerita.

Haaa. Berbalik keada handphone td. Sebenarnya handphone yang ringtone zaman sebelum polifonik arr ada kaitan ngan Morse Code. Contohnya handphone Nokia3310; message ringtone dia mengeluarkan isyarat bunyi Morse Code. Kalo x silap aku, pilih ringtone "special" dlm option message alert tone..

dit=short beep
dah=long beep

Bunyi dia macam ni: dit dit dit dahhhh dahhhh dahhh dit dit dit 2x

Bunyi tu pulak ada maksud tersendiri. Maksudnya = S M S.
Ada sms sampai la tu. Dan satu cara menarik untuk mengaplikasikan morse code ni adalah dengan meng"assign" ringtone kepada caller. Contohnya bila Abu call, handphone akan berbunyi A B U dalam Morse kod. Cubalah...

2 comments:

Che Ku said...

oh
memang aku belajar dari kesilapan
baru sekarang aku sedar kesalahan tatabahasa
sebenarnya bunyi itu = SMS dalam morse code, bukan SOS seperti yang digembar gemburkan.
silap translate huruf M
M = - - (dua dash)
O = - - - (3 sash)
maaf
saya budak baru belajar

Marn Natural Hair Growth Serum said...

tone yang panjang tu adalah

CONNECTING PEOPLE