Friday, August 29, 2008

Lalat Hitam


Aku tak pasti kenapa ia dipanggil lalat hitam. Istilah dalam negara Malaysia; untuk kebanyakan orang. Aku faham ia biasanya bewarna hitam, tapi 'lalat' membuatkan aku terfikir.. Mungkin kerana banyaknya penggunaan benda ni yang memancarkan radiasi memenuhi segenap ruang frekuensi, membajniri angkasa.. Haa.. Inilah lalat hitam.



Walkie talkie atau handheld two way radio. Motorola. Memang digunakan di mana2, sedangkan pak guard UTeM kalau bosan; pasti menggunakan w/t yang dibekalkan untuk bersembang dengan rakan2 guard. Aku rasa benda ini adalah asas yang perlu difahami sebelum menyelami dunia RADIO.

Tapi, sesuatu yang lebih menarik daripada sekadar walkie talkie ialah Ham Radio @ Amatuer Radio. Radio amatur (dalam bahasa ibunda) lebih kompleks berbanding w/t. Biasanya orang panggil w/t jugak sebab lebih kurang jer. Cuma advance sikit.
Radio amatur lebih kepada aktiviti sebenarnya. Aktiviti bersembang menggunakan alat komunikasi ni. Ataupun mungkin nak gunakan sebagai alat perhubungan alternatif. Ia independent; x perlu topap (ciss..), tak perlu bayar bil. Kita sendiri yang menentukan apa yang kita nk buat cengan menatang ni. Nk connect dgn siapa, bagaimana, kt mana. Belajar la..
Tapi aku rasa ia sebenarnya macam satu eksperimen panjang setelah anda memulakannya. Macam2 hal kena tahu, dan macam2 perkara kena kaji. Amat sesuai untuk pelajar telecom engineering. Aku pun dh lama mahu menyelami bidang ini dan sedang berusaha.

No comments: