Sunday, August 3, 2014

Oil Painting tema alam semulajadi

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang bahan bernilai eksotik yang saya temui ketika berada di kampong halaman. Dek kerana lama x pulang ke kampong halaman, saya akan menggeledah barang2 simpanan saya yang ada di rumah orang tua setiap kali pulang. Bukan apa, saya pun lupa barang2 yang saya simpan & kadang2 x tahu nak buat apa dengan barang simpanan yang banyak tu. Yang dah xde guna saya akan buang & yang berguna lagi saya jual sebagai barang terpakai.

Hari tu saya geledah stor kain baju & terjumpa beberapa painting yang saya simpan sekian lama. Dah berhabuk. Saya belek satu2 & dapat lihat pemandangan yang menyegarkan. Semuanya motif alam semulajadi. Kalau letak kat dinding sebagai hiasan, tengok lama2 rasa nak tertidur pun ada. Semua oil painting ni boleh dikategorikan sebagai antik, semuanya berusia lebih 10tahun.

Saiz lukisan berbeza2.  Tapi saiz asal adalah 4kaki x 2 kaki. Boleh tengok scale dalam gambar.

Kebanyakannya frame dah rosak, jadi saya dah buat semula framenya. Frame diperbuat daripada kayu dan menggunakan ‘L bracket’ besi. Semua dh sedia tinggal lagi nak gantung kat dinding je.
Gambar2 beserta harga dipaparkan di bawah.


P01 – RM95


P02 – RM100


P03 – RM75


P04 – RM75


P05 – RM60


P06 – RM50


P07 – RM45



P08 – RM45



 P09– RM65



P10– RM35


P11 – RM35


P12 – RM40



Kepada sesiapa yang berminat tu boleh la hubungi saya (Saiful 019-9046865). Saya prefer COD di kawasan sekitar Bukit Jalil / Sri Petaling. Kalo nak saya deliver boleh setakat area KL tapi caj sikit la RM20. Maaf, saya tidak membuat penghantaran melalui pos, takut rosak.

Sekian.


Friday, October 16, 2009

Kembali

Hmm. Dah hampir setahun terbengkalai.. Tapi kini aku kembali. Menyambung kembali apa yang aku nak buat dulu..
Blog ni terbengkalai sebab masa tu aku tengah struggle nak menghabiskan sisa sisa pelajaran yang ada. Komitmen bertumpu di situ jer. Tu pun banyak jugak melencong. Tapi sekarang semuanya dah berakhir. Aku berjaya mendapat 5 keping kertas yang aku boleh tayang2 kat bakal employer (tp sampai sekarang menganggur). Graduated!
Setahun tak lama sangat rupanya. Dulu aku masih terkapai2 terangan2 pasal radio amatur. Sekarang aku dah bergerak sikit. RAE 1-2009 pada 24 Jun telah diredah walaupun tak berapa pasti apa nak dijawab. Jauh jugak aku merantau untuk RAE dan hanya untuk RAE (sampai KL, gi xm, balik). Satu hari yang cukup diingati. Dan hasilnya aku LULUS. Aku tak masuk kelas RAE pun, cuma baca sebanyak mungkin set soalan contoh RAE yang ada. Dan paling penting bagi aku; baca blog2 radio amatur. Dari situ lah aku baca apa yg aku tak tau dan tengok apa yang aku tak pernah tengok. Bagus bloggers2 ni. Terima kasih untuk mereka semua terutama yang ada pd link blog ni..
Lesen kelas B dan juga AA belum buatlagi, insyaallah kemudian. Harap2 keadaan mengizinkan secepat mungkin sebab dah beberapa tahun aku bersabar.. Lepas ni aku akan cuba post sekerap mungkin. Lagi banyak kita post, lagi banyak kita berkongsi...

Friday, September 19, 2008

Belajar mengeja

Susah memang susah nak mula. Banyak cabarannya. Bagi mereka yang ada 'kabel' besar pasti lebih senang. Maksudnya kalau ada orang terdekat orang lama dalam amatur radio. Tapi takkan la itu nak dijadikan alasan. Jadi aku lupakan kesusahan tiada 'kabel' walaupun dah agak lama aku termenung tak bergerak kemana2 kerana tak tahu macam mana nak maju. Carilah jalan dimana pun ada.
Aku ada tujuan lain sebenarnya mendalami Morse Code ini. Ya, setelah lama aku cuma mengidam nak main morse code, aku sampai ke tahun akhir pengajian. Ada projek sarjana muda. Jadi aku mempraktikkan "Serampang dua mata" sebagai satu permulaan. Aku memilih untuk buat projek MORSE CODE TRANSLATOR USING PIC. Dengan cara ini, aku dapat mendalami dunia amatur disamping buat projek tahun akhir.
Jadi aku mengeksploitasi fasiliti 'dot net' sebagai jalan paling mudah. Aku bermula dengan mengeja. Mula2 aku fikirkan nak print MORSE TABLE dan tampal kat dinding bilik. Jadi setiap kali aku terlihat table tu, akan terhafal sikit demi sikit character2 morse ke dalam otak. Tapi tak ada printer pulak. Nak print kt stesen lain tak terbuat-buat jugak. Langsung lemau.. MORSE TABLE mudah diperolehi dari internet. Search sahaja. Macam2 keluar. Ia menunjukkan character morse code dari A sampai Z, nombor dan lain2 lagi..
Tapi aku menerima cadangan dari seoran rakan dalam talian untuk cuba belajar cara mendengar, bukan tengok table. Rakan aku tu adalah seorang 'old man' dari australia. Kira otai la dalam radio amatur. Aku cuma menyedut sedikit demi sedikit ilmu daripadanya.
Ni dia link yang dimaksudkan : http://www.planetofnoise.com/midi/morse2mid.php. Totally free.


Hanya masukkan text dan ia akan keluar dalam bentuk bunyi. Sesuai untuk permulaan. Tapi aku rasa banyak lagi site2 sedemikian rupa. Carilah dan belajarlah morse code.
Kita tak tahu bila kita memerlukannya. Mungkin esok lusa kena bencana, mungkin ia berguna. Bukan berdoa supaya ia terjadi, tapi cuma buat persediaan.
"Hope for the best, Prepare for the worst."

Thursday, September 11, 2008

Review

Diambil daripada http://9m2mgl.blogspot.com/2008/08/siapa-9m2-selepas-ini.html

Seorang enthusiast Radio Amatur Malaysia. Dengar apa katanya..

Thursday, August 7, 2008

SIAPA 9M2 SELEPAS INI

Tak ramai yang bertanya
Akan lulus ramai mana
Tak ramai yang tahu
siapa bakal 9m2

Tak ramai yang suka
bunyi da dit da dit sakit kepala
bukan kerana sudah biasa
kerana kurang berikan masa

Tak ramai yang tahu
susah senang lebih suka cakap tak mahu
bukan kerana tak nak cuba dulu
cukuplah dengan 2 meter 10 meter tu

Tak ramai pun 9m2
ramai lagi 9w2
camna nak ramai you!!!
kalau cw nak ambik aku tengok hang..hang tengok aku


Tak ramai nak bantu
ramai lagi yang gitu..gitu..
bukan malas nak gi 9m2
malaslah...nak buang masa dengar cw

Tak ramai yang tahu
9m2 tak meriah serupa dulu
ham seberang dah pajak kat situ
ham kita akan kehilir ke hulu

Tak ramai yang berani
sambut cabaran untuk diri sendiri
Atau mahu maju lebih setapak lagi
terfikir juga siapa 9m2 selepas ini?

bantu aku dapatkannya


Inilah cinta pertama aku. Ya. Aku mahukannya sekarang.

Aku mula2 terlihat menatang ni masa aku baca sinopsis Selangor Fox Hunt 2008. Credits to Jurukaka untuk gambar2nya. Sebelum ini, aku tak mempunyai pendirian tetap tentang pilihan handheld yang bermacam2. Sekarang aku dh memilih. Aku nk jugak yang ni..
Dalam kebanyakan kes, rupa bukan menjadi aspek nombor satu yang dilihat oleh mata aku. Yang penting apa di sebalik rupa tersebut.
Tapi yang ni memang mempunyai jiwa murni tambah pula rupa yang menarik. Terasa gatal tangan nak menggenggamnya di tapak tangan dan memicit-micit butang2nya...
Banyak lagi radio yang menarik sebenarnya. Tapi ada beberapa sebab aku inginkan yang ini.

1. Level pengetahuan yang tak berapa tinggi. Baik belajar yang simple dulu.
2. Kos. Ya.. Bukan ada orang nak bagi sebagai hadiah hari jadi pun. Jadi kena keluar duit sendiri.


ICOM T7H Sport. Handheld FM transceiver yang bakal menemani aku bila tak dapat tidur malam. Iwant it bad, bad bad..

Sedikit info:
dual band UHF/VHF
scan/monitor w memory built in
rugged construction
DTMF Keypad ( 9 memory)

Harap ada orang bantu aku mendapatkannya.

Monday, September 8, 2008

Apa disana?

Apa yang ada disana?
Dh lama, bukan angan2 baru. Tapi keinginan yang dh lama.
Aku risau kalau simpan lama2 nanti jadi pudar. Macam lagu Rossa; Pudar.. Ah! Pegi mampus rossa. Ini tak ada kaitan dengan cinta.
Heh.. . Ia berkaitan Radio amatur. Itulah, aku memang teringin nak kesana.
Nk memulakan langkah pertama ke dunia tanpa sempadan.
Siapa nk membawa aku kesana? Lebih baik lagi kalau belanja aku All-band-All-mode rig. Memang cantik.



Aku pernah cuba tapi keadaan tak mengizinkan. Masa latihan industri kat Shah Alam, aku cuba pergi walaupun x tahu jalan. Peta kan ada.. Apa masalahnye.. Tapi tu la. Cakap x serupa bikin. Sekali salah jalan sampai ke Stadium Shah Alam. Dh sampai sana, layan pasar bonet pulak. Habis masa..

Tunggulah kedatangan aku wahai flea market; aku borong semua..

Ahad pertama setiap bulan.
http://amateur-radio-flea-market.blogspot.com/